AMJAD
FOUNDATION

Batam Project (23rd – 25th August 2025)

Assalamu’alaikum Wr Wb Keluarga, Sahabat, Penderma dan Penyokong Yayasan Amjad.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan anda semua, misi kami di Pulau Batam telah selamat dilaksanakan.

Tarikh Sabtu, 23 Ogos 2025 yang lalu, kami berjaya mengadakan Majlis Penyerahan 423 naskhah Al-Quran serta Pengagihan Pakej Sembako bernilai Rp160,000 (S$13.00 / RM42.00) setiap satu bungkusan, kepada 83 keluarga asnaf dan yang memerlukan. Di Pejabat Utama POLRESTA BARELANG di rasmikan bersama terhormati:

• KAPOLRESTA BARELANG, Kombespol Zaenal Arifin, SIK

• WAKAPOLRESTA BARELANG, AKBP Fadly Agus, SIK, MH

• KASAT BINMAS POLRESTA BARELANG, Kompol Yulianti Asril, SH, MM

Misi ini juga merupakan langkah awal kerjasama erat kami dengan pihak berkuasa & Polis Batam, bukan sahaja untuk projek kali ini tetapi juga untuk projek-projek akan datang, InshaAllah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan tangan. Disalurkan kepada anak pondok dan masjid dan juga 83 paket sumbangan barangan runcit kepada masyarakat asnaf Batam dan juga pulau-pulau luar batam.

Sesungguhnya setiap sen yang anda sumbangkan menjadi bekalan pahala yang berpanjangan.

Semoga Allah membalas dengan keberkatan, melipatgandakan rezeki, dan menjadikan usaha kecil ini sebagai amal jariah buat kita semua.

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan yang berterusan.

Wassalam.

Amjad Foundation@2024. All rights reserved.