AMJAD
FOUNDATION

Our Story

Pengenalan Yayasan Amjad

 Yayasan Amjad (Amjad Foundation) adalah sebuah organisasi kebajikan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk memperjuangkan kefahaman Al-Quran, meningkatkan taraf pendidikan, dan membela nasib golongan yang memerlukan. Yayasan ini bertujuan untuk membentuk masyarakat berpendidikan yang saling membantu dan bertanggungjawab, sejajar dengan nilai-nilai murni Islam dan keharmonian sejagat.

Latar Belakang

Ditubuhkan pada tahun 2021 di Kuantan, Pahang, Yayasan Amjad bermula dengan inisiatif pengasasnya, Tuan Amjad Khan bin Mohd Rezzuan, yang berhasrat untuk membantu golongan asnaf, kanak-kanak, dan keluarga kurang bernasib baik melalui pelbagai program kebajikan dan pendidikan. Idea penubuhan yayasan ini timbul daripada pengalaman beliau dalam memahami keperluan masyarakat, terutamanya dalam aspek pendidikan dan bantuan kemanusiaan.

 

Seiring dengan matlamat murninya, Yayasan Amjad juga menghidupkan kembali nilai-nilai kemasyarakatan melalui program hibah Al-Quran, bantuan bencana, dan pembangunan pendidikan Islamik profesional. Pengasas yayasan ini percaya bahawa pendidikan, kefahaman Al-Quran, dan budaya sedekah adalah kunci kepada pembinaan masyarakat yang proaktif dan berdaya saing di dunia moden.

Pembangun Yayasan Amjad

Yayasan ini dibangunkan hasil kerjasama rapat antara pengasasnya, Tuan Amjad Khan, dan ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam bidang pendidikan, kebajikan, dan pengurusan. Pasukan ini bertanggungjawab merangka strategi dan melaksanakan pelbagai program untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran dengan penuh integriti.

Melalui komitmen dan usaha gigih pasukan ini, Yayasan Amjad kini menjadi pemacu utama dalam membina masyarakat yang harmoni, berpendidikan, dan saling tolong-menolong di seluruh Malaysia.

Carta Organisasi

CHAIRMAN

YAYASAN AMJAD

Tuan Amjad Khan bin
Mohd Rezzuan Jagjit

CEO

YAYASAN AMJAD

Puan Nabila Aznira
binti Abdul Manap

EXECUTIVE DIRECTOR

YAYASAN AMJAD

Mohamed Yahya
bin Mohamed Amin

HONORARY BOARD MEMBER

YAYASAN AMJAD

Ustaz Dr. Mohd Redzwan
bin Abdul Mutalib (UDRM)

ADVISORY BOARD MEMBERS

Ustaz Mahathir
bin Mohamad

Encik Shahrin
bin Shaharuddin

Tuan Mohd Fazly
bin Yaakub

Chairman Yayasan Amjad

Tuan Amjad Khan bin Rezzuan Jagjit

Tuan Amjad Khan bin Rezzuan Jagjit adalah Chairman Yayasan Amjad dan Pengarah Urusan Amjad Millenium Sdn Bhd, dengan pengalaman lebih satu dekad dalam keusahawanan dan pembangunan komuniti. Berasal dari Shah Alam, Selangor berbekalkan latar belakang kukuh sebagai bekas Pengurus Seksyen di Tesco Store Sdn Bhd, beliau memulakan perjalanan keusahawanan dengan menubuhkan Amjad Distributor pada tahun 2014, yang kemudiannya berkembang menjadi Amjad Millenium Sdn Bhd pada tahun 2020.

Di bawah kepimpinannya, Amjad Millenium Sdn Bhd telah menjadi salah satu pengedar utama di Malaysia, mengutamakan amalan perniagaan beretika dan tanggungjawab sosial.

Sebagai seorang dermawan, melalui Yayasan Amjad, Tuan Amjad komited kepada usaha memperkasa masyarakat, termasuk inisiatif menderma 2,500 Al-Quran di Kepulauan Riau, mencerminkan misinya untuk mempromosikan nilai-nilai Islam dan pendidikan.

Visi beliau untuk Yayasan Amjad berpusat pada usaha meningkatkan kesejahteraan sosial dan memperluas akses pendidikan kepada golongan yang memerlukan. Kepimpinan Tuan Amjad terus menginspirasi perubahan positif, menjadikan beliau tokoh yang disegani dalam perniagaan dan komuniti.

CEO Yayasan Amjad

Puan Nabila Aznira binti Abdul Manap ​

 Puan Nabila Aznira binti Abdul Manap merupakan CEO Yayasan Amjad dan juga Amjad Millenium Sdn. Bhd. Berasal dari Teluk Intan, Perak dengan berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dari Universiti Malaya, beliau memiliki pengalaman luas termasuk peranannya sebagai Pengurus Kawalan Stok di Mydin Mohamed Holdings Berhad sebelum menerajui organisasi ini.

Sebagai pemimpin yang berdedikasi, Puan Nabila bertanggungjawab memastikan pengurusan organisasi mencapai KPI, membina hubungan pelanggan yang strategik, dan melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial yang berimpak. Melalui Yayasan Amjad, beliau aktif mempromosikan nilai-nilai Islam dan pendidikan, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat.

Dengan sikap profesional, kemampuan bekerja secara berdikari dan dalam pasukan, Puan Nabila terus memacu Yayasan Amjad ke arah kecemerlangan, menjadikannya seorang pemimpin yang dihormati dalam perniagaan dan komuniti.

Executive Director Yayasan Amjad

Tuan Haji Mohamed Yahya bin Mohamed Amin (Aji Yan)

Penasihat Strategik Serantau, Pengumpulan Dana, Pemasaran & Pembangunan Jaringan

Seorang perunding berwibawa dari Singapura dengan pengalaman melebihi 30 tahun, Tuan Haji Mohamed Yahya diiktiraf atas kepimpinannya dalam bidang pengumpulan dana strategik, pemasaran, serta pembangunan jaringan rentas sempadan dalam sektor bukan keuntungan dan impak sosial.

Beliau mempunyai rekod cemerlang dalam merangka strategi pengumpulan dana berimpak tinggi, membina kerjasama strategik di peringkat serantau, serta mengenal pasti peluang pertumbuhan yang memperkukuh kelestarian organisasi. Keupayaan beliau menterjemahkan visi kepada pelaksanaan yang tersusun telah membantu organisasi memperluas capaian, meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan, serta menghasilkan impak yang terukur dan berpanjangan.

Di sebalik kepakaran strategiknya, beliau turut dikenali dengan pendekatan kepimpinan yang berprinsip dan berteraskan insan—membina hubungan yang kukuh berasaskan kepercayaan, keikhlasan, dan matlamat bersama. Setiap inisiatif yang diterajui bukan sahaja mencapai sasaran, malah memberi manfaat yang bermakna kepada masyarakat serta membuka ruang kepada perubahan yang berkekalan.

Di Yayasan Amjad, beliau memainkan peranan penting dalam memacu keutamaan strategik, memperkukuh jaringan serantau, serta menyokong pelaksanaan program-program yang membawa impak lestari dan menyeluruh kepada komuniti.

“Impak yang sebenar bermula apabila kepercayaan dibina, peluang dipupuk, dan setiap usaha digerakkan dengan niat serta amanah.”

Berpandukan nilai amanah, integriti dan khidmat, beliau terus komited dalam menyumbang kepada penciptaan nilai jangka panjang serta impak yang bermakna demi kesejahteraan masyarakat dan ummah.

Honorary Board Member

Ustaz Dr. Mohd Redzwan bin Abdul Mutalib (UDRM)

Perjalanan Ustaz Dr. Mohd Redzwan bin Abdul Mutalib, atau lebih dikenali sebagai UDRM, bermula dengan satu misi yang jelas — untuk membina masyarakat yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing melalui pendidikan, dakwah, dan inovasi.

Sejak usia muda, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu agama dan pembangunan insan. Dedikasi ini membawa beliau melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi, sekaligus membentuk asas kukuh dalam bidang keilmuan Islam serta kepimpinan masyarakat. Dengan gabungan ilmu akademik dan pengalaman lapangan, UDRM tampil sebagai seorang pendidik dan pemimpin yang bukan sahaja berwibawa, malah dekat dengan masyarakat.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau telah aktif dalam pelbagai inisiatif dakwah, pendidikan, dan pembangunan komuniti. Pendekatan beliau yang bersifat praktikal, kontemporari, dan berteraskan nilai Islam menjadikan penyampaiannya mudah difahami serta relevan dengan cabaran semasa.

Lebih daripada sekadar seorang pendakwah, UDRM juga dikenali sebagai pemikir strategik yang sentiasa mencari jalan untuk mengintegrasikan teknologi, pendidikan, dan keusahawanan dalam memperkasa ummah. Visi beliau adalah untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, tetapi juga mempunyai kekuatan spiritual dan kepimpinan.

Melalui usaha berterusan, beliau telah memberi inspirasi kepada ramai individu untuk berubah ke arah yang lebih baik — membina kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat.

Hari ini, Ustaz Dr. Mohd Redzwan bin Abdul Mutalib terus komited dalam perjuangan ini, memperluaskan impak melalui pelbagai platform, dengan harapan dapat membentuk masa depan ummah yang lebih gemilang.

Advisory Board Members

Tuan Shahrin bin Shaharuddin merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amjad dan juga Ketua Pegawai Operasi Amjad Millenium Sdn Bhd yang berasal dari Jengka, Pahang. Dengan pengalaman sebagai Penyelia di Dem Draexlmaier Automotive Systems Sdn Bhd, beliau memiliki keupayaan strategik yang kukuh, kemahiran interpersonal yang tinggi, serta pengetahuan industri yang mendalam. Tuan Shahrin dikenali kerana kesediaannya mengambil risiko, kecekapan bekerja secara berdikari dan dalam pasukan, serta dedikasi terhadap kejayaan organisasi.

Encik Shahrin bin Shaharuddin

Ustaz Mahathir bin Mohamad, berasal dari Kuantan, Pahang, adalah seorang ahli agama yang dihormati dengan pendidikan dari Pondok Pasir Tumbuh Kelantan dan Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah. Beliau berpengalaman luas dalam perkhidmatan agama dan komuniti, termasuk sebagai Imam dan Khatib Masjid Taman LKNP Bukit Setongkol serta Pegawai Perhubungan Awam di Ahmad Mawardi & Associates. Dengan peranan sebagai Mutawwif, Amil Tauliah Majlis Ugama Islam Pahang, dan Pegawai Agama untuk pelbagai institusi, beliau membawa kepakaran dan wawasan yang mendalam kepada Yayasan Amjad.

Ustaz Mahathir bin Mohamad

Inspektor Mohd Fazly bin Yaakub, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur, merupakan lulusan Diploma Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia dan kini menjawat jawatan sebagai Inspektor Ketenteraman Awam Daerah Kuantan dalam PDRM. Beliau berpengalaman dalam pengurusan operasi dan pentadbiran balai serta daerah, bertanggungjawab menyelia anggota, menjalankan siasatan mengikut prosedur perundangan, dan memastikan kawalan keselamatan serta ketenteraman awam. Dedikasinya dalam menegakkan disiplin dan keselamatan menjadikannya aset yang bernilai kepada Yayasan Amjad.

Inspektor Mohd Fazly bin Yaakub

Objektif Yayasan Amjad
  • Mengedarkan bahan ilmiah serta menghibahkan Al-Quran untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran umat Islam
  • Mempromosikan nilai sedekah dan perpaduan dalam masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan kempen kesedaran.
  • Mewujudkan program pendidikan Islamik profesional untuk melahirkan generasi bertanggungjawab dan berpendidikan tinggi
  • Menyalurkan bantuan keperluan asas dan pendidikan kepada golongan asnaf, fakir miskin, dan mangsa bencana.
Visi & Misi
Visi

Menjadi organisasi kebajikan utama yang memperjuangkan kefahaman Al-Quran, membela nasib golongan susah, dan menyumbang melalui pelbagai aktiviti ke arah pembentukan masyarakat berpendidikan, saling tolong-menolong, dan proaktif bagi meringankan beban kemanusiaan.

Misi
  • Memperjuangkan kefahaman Al-Quran melalui pengedaran, hibah, dan program pendidikan.
  • Menjadi pemangkin budaya sedekah dalam kehidupan harian masyarakat.
  • Memberi bantuan kebajikan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama.
  • Menyediakan sistem pendidikan Islamik profesional yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
Nilai Teras
1. Keikhlasan dan Kejujuran
  • Memastikan semua bantuan dan aktiviti kebajikan dilaksanakan dengan niat yang tulus dan amanah, tanpa sebarang kepentingan peribadi.
2. Ilmu dan Kefahaman
  • Menekankan kepentingan penyebaran ilmu, khususnya kefahaman tentang Al-Quran, sebagai asas dalam pembangunan individu dan masyarakat.
3. Keadilan dan Kesaksamaan
  • Memberikan bantuan kepada semua golongan memerlukan tanpa diskriminasi, mengutamakan keperluan dan manfaat sejagat.
4. Tanggungjawab Sosial
  • Menggalakkan budaya saling membantu dan perpaduan dalam masyarakat melalui program kebajikan dan sedekah yang menyeluruh.
Program Utama
Program Kebajikan
  • Memperluas bantuan kepada lebih banyak institusi dan golongan memerlukan.
  • Meningkatkan dana untuk menyokong program pendidikan dan kebajikan.
  • Menjalin kerjasama strategik dengan institusi tempatan dan antarabangsa untuk projek berskala besar.
Bantuan Bencana
  • Menyediakan bantuan kecemasan kepada mangsa bencana alam seperti banjir dan kebakaran.
Hibah Al Qur'an
  • Mengedarkan Al-Quran ke seluruh negeri.
  • Mempromosikan kefahaman mendalam terhadap isi kandungan Al-Quran melalui program pendidikan.
Pendidikan Islamik Profesional
  • Mewujudkan program pendidikan yang menggabungkan elemen duniawi dan ukhrawi.
Kempen Kesedaran
  • Menggalakkan budaya sedekah dan perpaduan melalui seminar dan kempen komuniti.
Sumber Kewangan Yayasan
  • Sumber Yayasan adalah yang akan dijana menerusi bidang perniagaan yang akan diceburi oleh Yayasan dari masa ke semasa dengan berpandukan cadangan oleh Lembaga Pemegang Amanah termasuklah menjual bahan-bahan ilmiah dan sebagainya.
  • Kepakaran yang dimiliki oleh ahli lembaga yang dilantik yang terdiri daripada pelbagai disiplin akan membantu melicinkan kerja-kerja perniagaan Yayasan bagi memastikan aktiviti dan rancangan Yayasan dapat berjalan lancar.
Yayasan Amjad dibiayai melalui
  • Sumbangan individu dan korporat.
  • Keuntungan daripada aktiviti perniagaan seperti jualan bahan ilmiah.
  • Dana yang dikumpul melalui kempen dan program pengumpulan dana.

Setakat tahun 2024, 20 Maahad Tahfiz telah dihantar bantuan keperluan harian terutamanya dari segi bahan-bahan pembelajaran dan pemakanan

Perancangan

Bagi mencapai objektif yang telah diusulkan, beberapa perancangan jangka panjang dan bulanan atau berkala telah disusun dan segala persediaan secara fizikal dan mental Pemegang Amanah dan pihak Yayasan juga telah dilatih bagi menghadapi segala rintangan yang mungkin berlaku.

Antara perancangan-perancangannya adalah seperti berikut:

i) Jangka Panjang

  • Misi Gerakan bantuan bencana di seluruh Kuantan.
  • Menambahkan dana untuk membantu dari segi infrastruktur pengurusan dan pentadbiran pusat Tahfiz dan Masjid di sekitar Pahang.

ii) Aktiviti Bulanan (atau berkala)

  • Aktiviti menyalurkan sumbangan pembelajaran dan pembangunan kepada Maahad-maahad tahfiz atau pusat anak yatim yang terpilih. Setakat tahun ini 20 Maahad Tahfiz telah dihantar bantuan keperluan harian (terutamanya dari segi bahan-bahan pembelajaran dan makanan).
  • Mengadakan program-program amal kebajikan.
  • Mewujudkan tabung wang bagi mengumpulkan dana dengan cara mengasingkan komisen jualan buku-buku ilmiah untuk dana Yayasan Amjad.
  • Menganjurkan program-program yang berbentuk pengumpulan dana yang mana objektifnya untuk memberitahu. masyarakat berkenaan tujuan Yayasan Amjad ditubuhkan.
  • Mengadakan jualan amal bagi memperolehi dana dan sumbangan.

Amjad Foundation@2024. All rights reserved.

Scroll to Top