AMJAD
FOUNDATION

amjad millenium sdn bhd

Amjad Millenium Sdn Bhd terletak di alamat No A-279 Tingkat 1 Perkampungan Sungai Isap Jaya 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur. Dari segi bentuk perniagaan ini pula, ianya adalah merupakan syarikat yang berbentuk perniagaan tunggal atau erti kata lain ialah Sendirian Berhad.

Perniagaan ini diasaskan oleh Tuan Amjad Khan bin Mohd Rezzuan Jagjit adalah Ketua Pengarah yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan syarikat, baik secara dalaman mahupun secara luaran, dengan visi dan misi strategik dan sistematik syarikat. Beliau juga menjalankan perniagaan ini sejak 2016 sehingga kini memiliki syarikat sendiri serta mempunyai beberapa perniagaan lain.

Timbalan Pengarah iaitu Puan Nabila Aznira Binti Abdul Manap yang bertindak sebagai penggerak kepada usaha memasarkan produk yang dihasilkan oleh syarikat, mengkaji aspek citarasa pengguna, serta merangka objektif pemasaran. Menguruskan aktiviti harian yang berkaitan pelan kewangan, pembayaran bil dan rekod pengurusan, sumber manusia, dan pengagihan dan logistik fizikal, dalam sebuah pertubuhan atau pejabat. Pentadbiran pejabat termasuklah rancangan tugasan untuk para perkerja, mengawasi perkerja, dan mencadang barang-barang keperluan dan pembaikian alatan pejabat.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Al-Quran 40 Dalam 1
Keistimewaan Al-Quran 40 dalam 1 ialah bertajwid dan berterjemahan bahasa melayu berserta insiklopedia Al-Quran. Selain itu Al-Quran ini mempunyai 6 pilihan warna yang menarik. Al-Quran ini diluluskan oleh KDN.
Program ini dijalankan untuk penyerahan Al-Quran kepada madrasah & pusat tahfiz melalui penghibahan (HIBAH)
“1 Quran , 1 Naskah”
Hibah Al-Quran

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, tidak mengharapkan pahala di akhirat atau memuliakan seseorang dan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”.

(Surah al-Nisa’ ayat 4)

Amjad Foundation@2024. All rights reserved.