AMJAD
FOUNDATION

Our Story

Pengenalan Yayasan Amjad

Syarikat Amjad Millenium Sdn. Bhd. diasaskan oleh Tuan Amjad Khan bin Mohd Rezzuan Jagjit. Syarikat ini bermula dengan sebuah syarikat perniagaan tunggal bermula dari tahun 2017 sehingga kini atas nama Amjad Distributor ( No. Pendaftaran : CA 0249068-A)

Pada tahun 2021 Tuan Amjad Khan telah menaik taraf syarikat dari perniagaan tunggal kepada sebuah syarikat Sendirian Berhad ‘limited by shares’ dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 11/01/2021 di atas nama Amjad Millenium Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat: 202101001222(1401520-K))

Perniagaan yang diasaskan oleh Tuan Amjad Khan ini dimulakan dengan modal asas sebanyak RM20,000.00 sahaja. Perniagaan ini dimulakan dengan menyewa sebuah lot kedai untuk dijadikan pejabat dan juga menyewa sebuah rumah untuk dijadikan kediaman para pekerja.

Latar Belakang

Initiatif menubuhkan Yayasan dengan cadangan nama Yayasan Amjad adalah dari idea asal pengurusan tertinggi iaitu Encik Amjad Khan bin Mohd Rezzuan Jagjit, Puan Nabila Aznira binti Abdul Manap, dan Encik Shahrin bin Shaharuddin yang mana mereka merupakan tampuk tertinggi dalam syarikat Amjad Millenium Sdn. Bhd.

Syarikat Amjad Millenium Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai “Pihak Syarikat”) telah menjalankan Program Ikatan Ukhwah (P.I.U) yang mana sebelum ini dikenali sebagai Program Infak Insaniah. Program ini bermula dari tahun 2015 lagi, namun tidaklah begitu berkesan. Kebanyakan adalah memberi fokus dalam menyalurkan bahan ilmiah yang telah disumbangkan oleh pelanggan-pelanggan melalui pembelian mereka dan dikhaskan bagi institusi yang memohon.

Bermula pada awal tahun 2019, sebagai permulaan Pihak Syarikat menerima banyak perkongsian maklumat dari tempat-tempat yang selama ini disalurkan bantuan memberitahu bahawa masih banyak lagi institusi, maahad, sekolah, pondok, madrasah, serta rumah-rumah kebajikan yang mempunyai masalah kekurangan dari sumber bahan ilmiah serta ada juga yang kekurangan dana perbelanjaan.

Dari situ bermulalah program hibah ini yang mana Pihak Syarikat menjadi sebagai pemegang amanah pelanggan yang telah membeli dan seterusnya mewakilkan Pihak Syarikat untuk menghibahkan serta menyampaikan sumbangan ini kepada tempat-tempat yang telah dipilih juga pihak yang memohon. Namun begitu atas pertimbangan Pihak Syarikat secara peribadi juga terpanggil untuk menyalurkan sumbangan serta barangan dapur sebagai bantuan untuk
mengurangkan bebanan pihak-pihak tertentu. Sehingga kini, program ini masih diteruskan dengan menyalurkan sumbangan kepada tempat-tempat yang dipilih secara konsisten.

Seterusnya Pihak Syarikat sangat mengharapkan sokongan dari mana-mana individu untuk memberikan kerjasama yang jitu dengan menyokong hasil kerja murni ini agar golongan yang memerlukan mendapatkan bantuan yang selayaknya bermula dari bahan ilmiah yang berkualiti dan juga infrastruktur asas yang dapat memberikan keselesaan mereka sebagai golongan yang dikenali sebagai asnaf.

Objektif Penubuhan Yayasan

Objektif penubuhan Yayasan Amjad ialah membantu kebajikan, menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah dan juga yang memerlukan oleh rakyat negeri Pahang dan warga Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.

Untuk mencapai tujuan tersebut Yayasan Amjad telah menggariskan beberapa objektifnya seperti yang berikut:

  1. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan pertolongan, menaja dan memberi peluang untuk mendapatkan pendidikan, pelajaran diutamakan.
  2. Menekankan kepentingan peranan ibu bapa dan keluarga dalam perkembangan holistic kanak-kanak.
  3. Menggalakkan serta memberikan penekanan khusus di dalam usaha memupuk perkhidmatan kebajikan keluarga dan kanak- kanak.
  4. Menggalakkan sukarela yang berusaha meningkatkan kualiti rakyat Malaysia dan mempunyai tujuan sehaluan.
  5. Menyebarkan maklumat dalam bidang kebajikan masyarakat.
Visi & Misi
Visi

Menjadi organisasi kebajikan utama dalam negara yang memperjuangkan tentang kefahaman serta membela nasib golongan asnaf dan menyumbang melalui pelbagai aktiviti ke arah pembentukan masyarakat berpendidikan, saling tolong-menolong dan proaktif bagi meringankan beban kemanusiaan.

Untuk memperkenalkan budaya, tamadun dan nilai Islam kepada anak-anak dan remaja, keseluruhan keluarga, dan menjadi penanda aras dengan kaedah, cara dan struktur korporat yang dibentangkan dalam pendidikan dan aktiviti bantuan kemanusiaan di Pahang dan Malaysia.

Misi

“Melahirkan generasi yang berjasa tinggi, berpendidikan tinggi dalam setiap aspek, mengembangkan rasa tanggung jawab, berpegang teguh pada akhlak dan nilai kita, dengan mewakili Islam dengan cara yang terbaik dan menawarkan kelegaan kepada masalah masyarakat dan keluarga adalah keperluan, membangunkan perpaduan di kalangan umat Islam, dan bertindak sebagai pintu kepada perkhidmatan rohani.”

Nilai

“Nilai Kami mencerminkan identiti korporat yang kami harapkan untuk memenuhi tanggungjawab kami terhadap pihak berkepentingan / pensimpati kami dalam perjalanan untuk mencapai visi kami dan mentakrifkan prinsip asas yang membimbing semua aktiviti dan keputusan kami.”

  • Keikhlasan dan Kejujuran
  • Keterujaan dan Pengorbanan
  • Rahmat dan Belas Kasihan
  • Merit / Kecekapan
  • Rasa Tanggungjawab
  • Keadilan
  • Ilmu dan Kebijaksanaan
  • Keberanian dan Kesabaran
  • Wawasan dan Ketabahan
  • Adab dan Anggun
  • Ketelusan dan Akauntabiliti
  • Mengelak Pembaziran dan Kemewahan
Perancangan

Bagi mencapai objektif yang telah diusulkan, beberapa perancangan jangka panjang dan bulanan atau berkala telah disusun dan segala persediaan secara fizikal dan mental Pemegang Amanah dan pihak Yayasan juga telah dilatih bagi menghadapi segala rintangan yang mungkin berlaku.

Antara perancangan-perancangannya adalah seperti berikut:

i) Jangka Panjang

  • Misi Gerakan bantuan bencana di seluruh Kuantan.
  • Menambahkan dana untuk membantu dari segi infrastruktur pengurusan dan pentadbiran pusat Tahfiz dan Masjid di sekitar Pahang.


ii) Aktiviti Bulanan (atau berkala)

  • Aktiviti menyalurkan sumbangan pembelajaran dan pembangunan kepada Maahad-maahad tahfiz atau pusat anak yatim yang terpilih. Setakat tahun ini 20 Maahad Tahfiz telah dihantar bantuan keperluan harian (terutamanya dari segi bahan-bahan pembelajaran dan makanan).
  • Mengadakan program-program amal kebajikan.
  • Mewujudkan tabung wang bagi mengumpulkan dana dengan cara mengasingkan komisen jualan buku-buku ilmiah untuk dana Yayasan Amjad.
  • Menganjurkan program-program yang berbentuk pengumpulan dana yang mana objektifnya untuk memberitahu. masyarakat berkenaan tujuan Yayasan Amjad ditubuhkan.
  • Mengadakan jualan amal bagi memperolehi dana dan sumbangan.
Sumber Kewangan Yayasan
  • Sumber Yayasan adalah yang akan dijana menerusi bidang perniagaan yang akan diceburi oleh Yayasan dari masa ke semasa dengan berpandukan cadangan oleh Lembaga Pemegang Amanah termasuklah menjual bahan-bahan ilmiah dan sebagainya.
  • Kepakaran yang dimiliki oleh ahli lembaga yang dilantik yang terdiri daripada pelbagai disiplin akan membantu melicinkan kerja-kerja perniagaan Yayasan bagi memastikan aktiviti dan rancangan Yayasan dapat berjalan lancar.
Board Members

Tuan Amjad Khan
bin Mohd Rezzuan Jagjit

PENGERUSI

Puan Nabila Aznira
binti Abdul Manap

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Haji Mohamed Yahya
bin Mohamed Amin

PERUNDING SYARIKAT

Encik Shahrin
bin Shaharuddin

PEMEGANG AMANAH TERTINGGI

Ustaz Mahadir
bin Mohamad

PEMEGANG AMANAH TERTINGGI

Tuan Mohd Fazly
bin Yaakub

PEMEGANG AMANAH TERTINGGI

Amjad Foundation@2024. All rights reserved.